Hipz! = Hazriq Idrus Productionz

Thursday, February 16, 2006

Book Review: Trilogi Cinta

Reviu Buku:
Trilogi Cinta oleh Siti Jasmina Ibrahim
Ulasan Md Hazriq Idrus
Sebenarnya, waktu ke perpustakaan di Central Lending Library tempuhari tu, saya tidak berniat untuk mencari apa-apa buku. Sahaja membelek-belek dan melihat tajuk-tajuk buku yang terdapat di perpustakaan tu.

Terjumpa pula buku Trilogi Cinta – karya Siti Jasmina Ibrahim. Pulak si penulis adalah pemenang pertandingan Novel Remaja Hadiah Sastera pada tahun 2001 di Malaysia, jadi sudah pasti bukunya agak bermutu.

Mula-mula bila mengamati tajuknya, Trilogi Cinta, saya rasakan cerita ini macam cerita cinta tiga segilah. Di mana seorang jejaka dan seorang gadis saling bercinta, tetapi yang menyulitkan keadaan, gadis itu mungkin sudah berpunya, bertunang atau sebagainyalah...

Tapi setelah membaca intisari atau ulasan cerita, terdapat unsur-unsur kesenian di dalam cerita itu. Jauh dari tanggapan pertama saya; dan sedikit sebanyak ada pulak persamaan dalam diri saya, sebab saya ni pun memang minat dalam kesenian.

(Mungkin secara kebetulan ada jugak sedikit sebanyak ada kena mengena dengan kerja juga, kerana saya pun bertugas di library@esplanade - sebuah perpustakaan yang berunsurkan kesenian.)

Watak utama dalam cerita ini ialah seorang mahasiswi yang bernama Umi Citra Cempaka. Dia berasal dari Kampung Ledang.

Kampung Ledang dulunya aktif dengan pelbagai kesenian. Datuknya seorang guru silat. Neneknya adalah seorang pelakon dan ibunya seorang penari. Ayahnya memberikan semangat dan dorongan.

Tapi suatu ketika, keluarganya mengamati kerumitan dan berpecah: Ayahnya dan ibunya berasingan, nenek dan datuknya berpulangan. Cempaka yang dahulunya periang, kini banyak berdiam duka.

Tapi, Cempaka punyai semangat yang jitu untuk kembalikan Kampung Ledang seperti dahulu, penuh dengan aktiviti-aktiviti kesenian. Yang paling utama dalam hidupnya, ialah untuk menyatukan tiga generasi seni itu dalam satu pementasan yang dipanggil ‘Gema Trilogi’.
Samada dapatkah Cempaka mencapai hasratnya itu, saya serahkan kepada pendengar untuk mencari jawapannya sendiri dengan membca buku Trilogi Cinta ini.
On Air at Warna 94.2 FM, Sat 11 Feb 2006

Friday, February 10, 2006

MaxOnline...Finally!!...but ....

Finally, managed to install an internet service at home. So, can minimise the lecehness or limitations of using internet outside home. Before this, I was either using my sis a/c or when at werk place.

The Starhub guy was supposed to come on Friday evening (instead of Thursday morning), but then, he called and said that he was already neasr my place on Thursday morning.

Luckily, I was at home.

So, he installed it, and...Voila!...Internet at home.....

Then went off to werk....

In the evening, tried to log in, but realise that my PC has crashed!!!
My goodness!! And my assignment is due this Mon 13 Feb!!!

Help!!


PS: Seems that this PC problem always happens when there's a dateline to catch....and it has always been....