Hipz! = Hazriq Idrus Productionz

Sunday, February 11, 2007

Upcoming Production: Fatamorgana - 7, 9 and 10 March 2007

Fatamorgana
7, 9 and 10 March 2007

-sinopsis-


~Zaman berganti zaman, zaman dimakan waktu, zaman dimamah usia. ……
….. Kau mahu kita kembali ke zaman kuno? Kau mahu kita bertanjak sedangkan di luar bertunjakkan kemajuan? Kau mahu kita bersenjatakan keris, sedangkan di luar beralatkan kemodenan? Kau mahukan kita menapak beralaskan capal, sedangkan di luar menapak mencari kebebasan…? ~



Sedang Mohamad Jebat dan rakan-rakannya dibuai kenikmatan dunia dan di saat mereka sedang rancak merancang untuk mendapat wang yang lumayan dengan cara yang salah, kejadian aneh berlaku ke atas diri Md Jebat.

Di antara alam realiti dan ilusi, Md Jebat sering dipertemukan dengan Hang Tuah – pahlawan Melayu unggul di zaman silam. Dengan semangat Hang Jebat yang meresap ke tubuh Md Jebat, setiap kali jugalah, cetusnya perdebatan – tentang maruah, agama, nusa dan bangsa melayu.

Dan di antara alam realiti dan fantasi, Md Jebat seakan terperangkap di garisan – garisan halus tiada kelihatan. Beliau sedang bermain dengan dosa dan sekaligus berkemelut dengan keinsafan.

Ayuh bersama Zainal Mohamed (sebagai Hang Tuah), Hazriq Idrus (Md Jebat), Lyn Hazlina (Ika), Shahril Hanapiah (Hike) dan Zeg Daud (Idi) di dalam pementasan yang penuh debaran dan persoalan.

Apakah setiap manusia ada batas garisan realiti dan ilusi mereka sendiri? Garisan benar dan fantasi? Garisan sehelai rambut manusia. Garisan Fatamorgana....

Tarikh: 7, 9 dan 10 Mac 2007
Tempat: Exclusive Theatre Wayang 28
c/o Galleri 28
28 Bussorah St (berdekatan Masjid Sultan)
Tingkat 2

Tiket: $15

Para pelakon:
Zainal Mohamed sebagai Hang Tuah/ Noja
Hazriq Idrus sebagai Md Jebat/ Hang Jebat
Lyn Hazlina sebagai Ika/ Pahlawan 3
Aril Manaf sebagai Hike/ Pahlawan 1
Zeg Daud sebagai
Idi/ Pahlawan 2

Dibalik tabir:
Penata Cahaya Noor Azmin Samhudi
Penata Audio Zilah
Koreografi Tarian Noranah Ahmad
Koreografi Silat Zeg Daud

Dayailham dan Sutradara: Ahmad Junaidi Md Lanee