Hipz! = Hazriq Idrus Productionz

Sunday, January 18, 2009

Hazriq and Nottingham Forest in Berita Harian

Journalist Sani Ali (Berita Harian) and myself were corresponding over email on the recent Forest's 3-0 win against Manchester City in the 3rd round FA Cup. On one of the days, he called up and said he got an idea and wanted to write a feature article on that win; using a different angle.


Here's the article, dated Saturday 17 January 2009 in Singapore's Berita Harian (pg 28):


BUKAN lagi sesuatu yang aneh andainya kelab
bola sepak yang anda minati mencatat kemenangan.

Sudah tidak menjadi rahsia juga jika anda bersorak keriangan apabila kelab itu menjulang mahkota Piala FA, Piala Liga, apatah lagi merebut mahkota Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara Eropah.

Bagaimanapun, dalam diam, seorang peminat Nottingham Forest, Hazriq Idrus begitu seronok apabila kelab yang diminatinya sejak di bangku Sekolah Rendah Woodsville, mengalahkan sebuah pasukan besar di England.
Forest menumbangkan Manchester City, kini kelab terkaya dalam Liga Perdana, bukan satu, bukan dua tetapi 3-0 dalam pusingan ketiga Piala FA.

Lebih manis kejayaan itu dicatat selepas beliau menjejakkan kaki ke City Ground 'Home of the Nottingham Forest' dalam kunjungan sulung beliau dan isterinya, Nurulhuda Subahan, ke London tahun lalu.
'Ia kunjungan pertama kami ke Eropah. Saya memastikan Nottingham Forest sebagai salah satu tempat yang perlu dilawati,' dedah Hazriq ketika berkongsi pengalamannya.
Beliau akui nama Forest mungkin sudah dilupakan selepas kedudukan mereka dalam liga England sering turun naik dan kini berada dalam Liga Kejohanan, satu tangga di bawah Liga Perdana.
Justeru bukan sahaja sukar mengikuti perlawanan Forest, yang disokongnya sejak musim 1990- 1991, malah untuk mendapatkan cenderahati kelab, terutama jersinya jika dibandingkan dengan kelab-kelab besar lain.
Hazriq mengakui beliau mengambil peluang sepenuhnya untuk 'joli' membeli jersi, majalah, cawan dan apa saja yang mudah dibawa pulang sebagai kenangan.

'Saya meminati Forest ketika dalam darjah enam. Ketika itu demam bola sepak Singapura cukup hangat dengan adanya Piala Malaysia, lebih-lebih lagi ramai yang kemaruk dengan kehadiran bintang-bintang era tersebut seperti Abbas Saad dan Alistair Edwards,' jelas pegawai eksekutif bahagian program dan pameran itu.
'Ketika itu, Roy Keane masih bermain dengan Forest, selain Des Walker, Stuart Pearce dan beberapa pemain lain. Walaupun graf persembahan Forest tidak begitu mantap, saya masih tetap mengikuti perkembangannya.

'Jadi siapalah yang tidak bangga apabila kelab ikan bilis seperti Forest menelan ikan paus, City, yang kaya.'

Namun, Hazriq sedar sukar bagi pasukan seperti Forest meneruskan kecemerlangan dalam Piala FA jika tuah undian tidak bersama mereka.

Forest diundi berdepan Derby dalam pusingan keempat dan akan bermain di padang lawan pada minggu depan.

Bagi Hazriq, sebarang kemungkinan boleh berlaku.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home