Hipz! = Hazriq Idrus Productionz

Monday, April 17, 2006

Episod Tiga

Assidiq terus melihat skrin di komputer. Matanya tertumpu ke pada skrin tetapi tidak ada apa yang ditaipkan. Fikirannya masih berligar. Berligar teringat kisah semalam. Kisah akan Wanita Warisan Terakhir yang dilihatnya semalam semasa dia berada di Perpustakaan Negara.

Begitu ayu wajahnya dan manis dilihatnya. Sedap mata memandang. Assidiq memerhatikan wajah ayu itu tanpa berkelip mata. Kelihatan mulut pustakawan itu terkumat kamit mengatakan sesuatu tetapi bagi Assidiq, itu umpama pergerakan slow motion yang tidak kedengaran bunyinya. Assidiq semakin mengelamun.

“Boleh saya bantu, Encik?” pustakawan itu bertanya lagi, “Encik?”

“Err...ya..ya....boleh...boleh...,” Assidiq tersedar. Dia agak malu kerana dari tadi asyik memerhatikan pustakawan itu. Dia terus menjawab soalan pustakawan itu, “Saya memerlukan beberapa bahan rujukan.”

“Apa kamu buat tu?” Satu sergahan diberikan kepadanya. Assidiq tersentak dari lamunannya. Dia memusingkan kepalanya. Kelihatan Adzha sedang ketawa. Rupa-rupanya dia yang menyergah Assidiq tadi.

“Apa yang kau buat? Dari tadi termenung tengok skrin, tapi tak tulis apa-apa pun?”

“Tu lah. Idea belum datang. Tu yang buat aku termenung tu. Apa cerita sergah aku?”

“Encik Zul panggil kau. Dari tadi dia terpekik pekau panggil nama kau. Kau diam ajer. Dia ingatkan kau dah keluar ke apa. Gi lah masuk ofis dia. Aku rasa ada assignment ah tu.”

“Okay. Aku gi masuk.”

“Begini Assidiq,” Encik Zul mula berbicara sebaik sahaja Assidiq melangkah masuk ke biliknya, ‘tadi saya baru dapat panggilan dari Perpustakaan Bedok. Mereka ingin menganjurkan ceramah penulisan. Tujuannya ialah untuk para penceramah mengongsi tip-tip penulisan kreatif kepada para peserta, di mana mereka dapat menggunakan tip-tip yang diberi apabila mereka mengambil bahagian dalam Peraduan Penulisan Kreatif akan datang.

“Dalam sesi itu ada dua bahagian. Bahagian Puisi dan Cerpen. Mereka ingin kita memberikan ceramah mengenai penulisan cerpen. Dan saya rasa awaklah orang yang terbaik untuk melakukannya. Lagipun, awak pernah memenangi beberapa hadiah dalam bidang penulisan ini. Apa kata awak?

“Hmm. Saya rasa saya okay, Encik Zul. Syiok jugak kalau bagi ceramah. Tapi bila ceramahnya?”

“Bulan depan. Di Perpustakaan Bedok. Jam 2 petang. Kata pegawai perpustakaan itu, ceramah ini berada di bawah satu rancangan di perpustakaan: “Getaran Di Bedok – Teratak Bahasa, Bangsa dan Budaya.” Biasalah, perpustakaan. Ada macam-macam program. Awak buatlah kajian awak dulu. Saya kol pegawai tu dan confirmkan our particpation.”

Can , no problem.”

“Oh, ya. Jangan lupa Rabu ini. Ada pementasan Villa Singa karya Nadiputra di Panggung Victoria. Dengar khabar, cerita tu pernah dipentaskan 30 tahun yang lalu. Akan dipentaskan semula dengan barisan pelakon baru.”

“Haha, Encik Zul. Buat kelakar pulak. Terang-terang yang buat preview tu pun saya jugak. Mestilah saya tahu. Hahaha. Ok, Encik Zul. Ada apa-apa lagi?”

“Saya rasa, tidak ada apa-apa. Kalau ada, saya panggil awak.”

Assidiq keluar dari kantor Encik Zul. Ada satu amanah di tangannya. Amanah untuk mengadakan ceramah dan mengongsi kemahiran dalam penulisan kreatif. Diharapakan, di akhir ceramah itu, dia dapat menyemarakkan lagi persada penulisan kreatif di tanahair. Pasti, dia akan cuba lakukan amanah itu dengan sebaiknya.

Tetiba, Assidiq tersenyum sendiri. Dia harus lakukan rujukan. Di mana lagi kalau bukan Perpustakan Negara.