Book Review: Cinta Pertama
Cinta Pertama
karya Norhayati Berahim
ulasan Md Hazriq Idrus
Membaca novel Cinta Pertama ini adalah salah satu percubaan saya untuk membaca novel kerana membaca novel tu memerlukan kesabaran dan stamina yang agak tinggi. Saya lebih cenderung ke arah membaca cerpen-cerpen kerana cerpen adalah pendek, cepat dibaca dan ia dapat memberikan idea dan rangsangan untuk saya terus menulis cerpen. Namun, setelah membaca Cinta Pertama, ternyata novel karya Norhayati Berahim ini memberikan saya semangat terus membaca lebih banayk novel lagi.
Novel ini mengisahkan, Carl Zafran, seorang pengurus sebuah syarikat pemasang alat sekuriti. Beliau pernah putus tunang sebanyak dua kali dan memberikan alasan tiada jodoh. Ternyata Carl Zafran tidak mempunyai minat terhadap wanita-wanita untuk diambilnya dijadikan isteri.
Namun, keadaan berbeza apabila Nurul Iman mula bekerja sebagai pembantu pengurus* di syarikatnya. Minatnya terhadap Nurul Iman begitu mendalam tetapi dia tidak berani menyatakan hasratnya itu. Perasaan Carl Zafran dikongsi bersama dengan “bapa angkatnya”, Ayah Mat, meskipun Ayah Mat kerap ke luar negara atas urusan perniagaan. Carl Zafran terus mengelamun apabila mendapat tahu bahawa ibu kandung dan bapa tiri Nurul Iman ingin Nurul Iman bertunang dengan jejaka pilihan mereka.
Bagi Nurul Iman, dia bersetuju atas pertunangannya itu adalah kerana dia ingin menjadi anak yang solehah dengan mendengar kata kedua ibu bapanya. Namun, dia sebenarnya menaruh hati kepada Carl Zafran tetapi oleh kerana Carl Zafran tidak meluahkan hasrat hatinya, dia takut jika dia hanya seperti bertepuk sebelah tangan. Di tatkala itu juga, dia sibuk menjejaki bapa kandungnya yang menghilangkan diri setelah bercerai dengan ibu Nurul Iman atas sebab-sebab kekeluargaan.
Keadaan terus menarik perhatian saya apabila Nurul Iman putus tunang. Beberapa soalan terus berligar semasa membaca novel ini. Adakah Carl Zafran akhirnya akan meluahkan hasrat hatinya dan melamar Nurul Iman? Siapa pula Ayah Mat yang sebenarnya? Dapatkah dia membantu Carl Zafran menangani masalah?
Penulis bijak menghentikan babak di saat-saat genting, jadi pembaca ingin terus membaca untuk tahu cerita selanjutnya. Penggunaan bahasa juga agak mudah difahami.
Oleh kerana saya juga seorang penggemar dan penggiat teater, apabila saya membaca sesebuah karya, saya terbayang sekiranya karya-karya seperti ini dapat diadaptasikan ke skrip dan kemudian dipentaskan; seperti pementasan Hikayat Hang Tuah dan Salina. Kedua-dua pementasan itu diadaptasikan dari buku.

Pada pendapat saya, novel Cinta Pertama mempunyai potensi untuk dipentaskan kerana punyai babak-babak seperti di dalam ofis, di kelab malam, di dalam rumah di mana, adegan-adegan dapat mencabar seseorang penulis skrip dan pengarah. Babak-babak yang dimatikan oleh penulis juga sesuai dijadikan “end of scene” jika dipentaskan. Babak-baka suspens seperti ini selalu menarik perhatian penonton untuk terus menyaksikan sesebuah persembahan.
- On air at Warna 94.2 FM.
1 Comments:
At 11:59 PM, Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Post a Comment
<< Home