Hipz! = Hazriq Idrus Productionz

Monday, December 05, 2005

Episod Satu

Jam di tangan telah menunjukkan pukul 7 malam. Assidiq baru sahaja selesai menghabiskan karya terbarunya. Letih! Sejak dari pagi tadi, dia sibuk menghabiskan cerpennya. Ilham sudah mendatang. Apabila ilham mendatang, umpama kerasukan dibuatnya.

Tidak kenal orang. Tidak kenal masa. Hanya berhenti bila tiba waktu rehat, waktu makan tengahari ataupun bila masuk waktu solat. Lebih dari itu, dia tidak mahu diganggu. Di luar kubikelnya, diletaknya penanda “Writer-At-Work”. Fahamlah akan teman-teman sekerjanya. Dia tidak mahu diganggu.

Assidiq merupakan salah seorang penulis yang bertugas di majalah Artistika. Majalah Artistika merupakan sebuah majalah edisi bulanan di mana terdapatnya berita-berita terkini mengenai sebarang persembahan di Singapura – tidak kira sama ada persembahan teater, tarian ataupun musik. Lebih tepat lagi, majalah itu merangkumi segala informasi untuk persembahan kesenian. Portfolio Assidiq merupakan ko-ordinator bagi bahagian teater dan juga penulis cerpen.

Sebagai ko-ordinator, dia harus mengendalikan beberapa rencana-rencana teater yang ditulis oleh para penulis sambilan untuk ruangan “Teater”. Sebagai penulis cerpen pula, iaitu sau genre yang amat diminatinya, dia harus menulis cerpen dan juga mengelolakan ruangan “Seni Dalam Penulisan Kreatif” dalam majalah Artistik.

Esok merupakan tarikh cut-off ataupun cut-off date bagi editor untuk menguruskan bahan-bahan rencana yang ingin dimuatkan untuk edisi bulan depan. Apabila semua bahan-bahan telah dikumpulkan, giliran dasainer pula mula membuat layout untuk memastikan agar majalah itu kelihatan menarik oleh pembaca, sebelum dihantarkan untuk mass-print.

“Hoi! Taknak balik ke pe?” sergah Adzha dari luar kubikel Assidiq. Tersentak Assidiq dibuatnya.

“Nak ciao ah ni. Tapi aku rasa tak nak balik dulu. Macam nak singgah je library jap,” Assidiq menjawab.

“Okielah, kalau gitu. Aku ciao dulu ah.”

“Eh, kau pun belum balik lagi dari tadi? Busy ke?”

“Biasa ah, middle of the month. Dateline. Aku tengah choose gambar-gambar mana yang sesuai untuk dimuatkan dalam edisi bulan depan ni,” Adzha menjawab. Adzha merupakan jurugambar bagi majalah Artistika.

Seorang yang minat di dalam seni penggambaran, Adzha begitu tekun bekerja. Oleh kerana dia merupakan jurugambar solo untuk majalah Artistika, dia akan sentiasa pergi ke hampir setiap persembahan kesenian untuk membuat liputan.

Umpamaya, jika terdapat persembahan muzik di Victoria Concert Hall, Adzha akan mendampingi penulis Yani untuk membuat liputan. Jika terdapat persembahan tarian di Taman Warisan, dia akan ke sana bersama Lyn. Andai ada persembahan teater di Esplanade, dia akan menemani Assidiq. Bak kata orang tionghua, Pa Ka Liao!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home