Episod Dua
Selepas sahaja solat maghrib di di pejabatnya, Assidiq terus keluar dan mengunci ofisnya itu. Ofisnya itu sudah menjadi seperti rumah keduanya. Terletak di tingkat 12 Shaw Towers, saiz ofisnya itu tidaklah besar sangat. Muat untuk dia dan teman seperjuangannya bertugas. Termasuk editor majalah Artistika, Encik Zul, tujuh orang kakitangan kesemuanya. Kecil nombornya tetapi kecoh bila berjumpa. Mereka sudah seperti satu keluarga.
Apakan tidak, Pengurus Administrasi, Puan Sarinah, merupakan isteri kepada Encik Zul. Selaku penulis bagi bahagian Musik, Yani, merupakan isteri kepada desainer grafik, Irfan. Oleh kerana Assidiq dan Adzha masih bujangan, sering dikacau oleh teman-teman sepejabat yang mana satu akan menjadi plihan Lynn nanti.
Namun, itu sekadar gurauan sahaja, sebabnya Lynn sudah pun berpacaran dengan seorang mat saleh di New Zealand semasa dia belajar di sana dahulu. Dengar-dengar mereka akan bertunang tidak lama lagi. Si Adzha pula, sering berada di dalam dunianya sendiri. Yang ketara, tidak habis-habis kemaruk dengan Siti Nurhaliza, penyanyi pujaan ramai dari Malaysia itu. Peminat nombor satu katanya! Suka hati kaulah, Nak, fikir Assidiq. Asalkan kau bahagia. Bila nak kahwin dengan Siti Nurhaliza nanti, jangan lupa jemput pula.
Perjalanan dari Shaw Towers ke Perpustakaan Negara tidaklah jauh sangat. Setakat 10 minit sahaja berjalan kaki. Sejak Perpustakaan Negara, yang baru dibina itu dipindahkan ke Victoria Street, dibuka baru-baru ini, kerapkali Assidiq singgah ke sana selepas kerja. Dekat dengan ofis. Mudah hendak buat kajian.
Walaupun bangunan terkini itu lebih hebat dan besar dan tingginya setinggi 16 tingkat, namun, jauh di lubuk hatinya, rindu juga dia akan Perpustakaan Negara yang dahulunya bertapak di Stamford Road itu. Bangunan berwarna merah itu begitu nostalgik sekali. Bukan sahaja kepadanya, malah kepada setiap masyarakat di Singapura ini. Apakan daya, bangunan itu harus dirobohkan untuk pembangunan di kawasan itu.
Sebaik sahaja Assidiq menjejakkan kakinya masuk ke ruang rujukan di tingkat 7, dia ditegur.
“Baru sampai?” tegur salah seorang pustakawan, yang berumur dalam lingkunan pertengahan 40-an. Sememangnya, kedatangan Assidiq ke Perpustakaan Negara sering mendapat perhatian para pustakawan di situ. Assidiq mengangguk dan menjawab.
Maklumlah, dia seorang penulis majalah Artistika, dan dikenali ramai pula itu. Pekerjaan pustakawan pula sering dikelilingi oleh buku-buku dan majalah-majalah. Jadi mana mustahil para pustakawan tidak mengenalinya. Itulah fikiran Adzha apabila dia melihat Assidiq bertegur sapa dengan pustakawan tempuhari.
Namun, Assidiq menafikannya. Fikirnya, para pustakawan memang baik hati dan sering bertegur sapa dengan setiap penggunanya. Itu yang membuatkannya tidak kekok membalas sapaan dan juga berkenalan dengan beberapa pustakawan di situ.
Bukan calang-calang sebuah organisasi untuk memperolehi Service Quality Award – satu-satunya anugerah yang tertinggi di Singapura dalam kualiti servis. Dan Perpustakaan Negara memenanginya pada tahun 2005. Pasti servis sebegini yang baik dituntut pihak Lembaga Pengurusan untuk kakitangannya dan mereka berjaya meniti cabarannya.
Assidiq terus menghampiri meja Customer Service. Ingin dia meminta bantuan pustakawan yang bertugas untuk membantunya mencari beberapa bahan rujukan. Setibanya dia di meja, dia disambut mesra oleh seorang pustakawan wanita.
“Selamat petang, tuan. Boleh saya bantu?” tanya pustakawan itu sambil tersenyum.
Assidiq tercengang. Tercengang melihat wanita itu. Belum pernah dia melihat pustakawan itu. Pegawai baru agaknya, fikir Assidiq.
Tapi, lebih jauh di lubuk fikirannya, dia tergamam bukan kerana sedang berdepan dengan pustakawan baru itu, tapi dengan kejelitaan dan keayuan wanita itu. Lembut suara dan tutur bahasanya, manis raut wajahnya, putih kulitnya, keperangan warna bebola matanya (warna asli!), mancung hidungnya. Berkerudung. Wanita Warisan Terakhir!

3 Comments:
At 5:21 PM, Anonymous said…
Wah.. cerita benar yang di'twist'kan ke? Anywayz, takde episod ketiga ke?
Curious jugak ye.. ader ke seorang 'pustakawanita' yg keje di perpustakaan Nasional itu yang sama seperti yang awak gambarkan?
At 5:21 PM, Anonymous said…
By the way, nice story! thumbs up! ;)
At 1:16 AM, kampunguy said…
sambungan Episod 3 dalam perancangan..cuma belum kesempatan untuk diupdatekan....Insya-Allah...tak lama lagi....:)
pustakawanita....hhmm...cool words to be used....perhaps, I'll use that words somewhere in the story...
samada cerita betul yang ditwistkan..ataupun tidak....kita saksikan bersama!!!
yeah!!
Post a Comment
<< Home