Hipz! = Hazriq Idrus Productionz

Thursday, June 08, 2006

Episod 4

Malam itu Assidiq tiba di rumah lebih kurang jam lapan malam. Agak siang kerana tiada assignment di sebelah malam. Selalunya, kalau ada assignment, dia akan sampai di rumah hampir pukul 12 malam kerana kalau assignment pementasan, persembahan akan habis lebih kurang jam sepuluh atau sebelas malam.

Lagipun, dia agak kecewa sedikit semasa di Perpustakaan Negara tadi. Selain niat untuk mencari bahan rujukan, niat untuk mencari pustakawan Warisan Wanita Terakhirnya juga tidak membuahkan hasil. Kemungkinan pegawai itu tidak bertugas hari itu, fikir Assidiq.

Setelah memasuki rumah, kedengaran suara esakan tangisan dari bilik. Assidiq terkejut. Kaget! Apa sudah terjadi? Sudah pasti itu suara tangisan kakaknya. Assidiq bergegas ke bilik itu dan mengetuk pintu.

“Kak! Kak! Assidiq ni. Bukalah pintu, Kak!” Assidiq mengetuk pintu dan berharap satu-satunya kakakya itu akan membuka pintu.

Diketuknya lagi pintu itu tetapi tiada jawapan, hanya esakan tangisan kakaknya itu. Assidiq semakin risau. Apa yang harus dilakukannya. Dia hanya berharap tiada apa-apa musibah yang berlaku. Mereka hanya tinggal dua beradik sahaja.

Ibu dan ayah mereka telah kembali kerahmatullah akibat kemalangan jalan raya. Jadi, hanya kakaknya tempat dia mengadu nasib, dan sebagai lelaki, kakaknya juga menjadi tanggungjawabnya. Kerapatan dan kemesraan itulah yang menjadi tunggak mereka menjalani kehidupan seharian sebagai adik beradik tanpa ibu dan bapa.

Pintu dikuak dengan perlahan. Dalam berlinangan air mata, Kak Aisyah keluar menghampiri Assidiq yyang sedang duduk di kerusi sofa membaca akhbar.

“Assidiq...” Kak Aisyah bersuara.

“Kak! Kenapa, Kak?” tanya Assidiq kehairanan.

“Assidiq, kakak rasa, baik kita pindah dari sini.”

“Pindah? Ke mana, Kak? Tapi kenapa?”

“Kakak sudah tidak tahan tinggal di sini lagi.”

“Sabar, Kak. Bawa bertenang. Cuba kakak ceritakan apa yang terjadi?”

“Kakak sudah tidak tahan dengan jiran-jiran kita. Lebih-lebih lagi dengan Mak Ani tu.”

Assidiq berdiamkan diri. Sudah pasti ini gara-gara Mak Ani jiran sebelah yang membuat Kak Aisyah jadi begini. Mak Ani yang suka menjaga tepi kain orang. Jaga hal ehwal orang tetapi rumahtangga sendiri terabai.

Mengikut cerita Kak Aisyah, lebih kurang jam 7.15malam tadi, Kak Aisyah baru pulang ke rumah dari kerja. Dia dihantar oleh Abang Rizan. Biasalah, sudah menjadi adat sepasang kekasih, yang si teruna menghantar si dara pulang ke rumah. Namun, mereka terserempak dengan Mak Ani di koridor rumah.

“Baru balik, Aisyah?” tanya Mak Ani, dengan wajah yang seperti punya maksud yang tersirat.

“Ya, makcik. Aisyah baru balik,” Kak Aisyah menjawab. Dia kemudian mengeluarkan anak kunci sambil membuka pintu agar rumah.

“Aisyah, I balik dulu, ya. Malam nanti, call, ya?” kata Abang Rizan.

“Ok! Thanks for hantar I balik,” jawab Kak Aisyah, ceria.

“No problemo!” Abang Rizan terus senyum kepada Mak Ani dan kemudian menuruni anak tangga untuk ke kolong blok.

“Aisyah, Aisyah. Mak Ani bukannya apa,” Mak Ani sudah mula berleter, “kau sepatutnya tidak boleh bergaul dengan lelaki. Kau tu perempuan. Makcik tengok, kau ke hulu, ke hilir dengan budak tu, kan lebih baik kau kahwin sahaja. Habis cerita.”

Kak Aisyah sudah mula naik bosan. Setiap kali bila pulang ke rumah dan setiap kali terserempak dengan Mak Ani, ada sahaja yang Mak Ani hendak katakan. Dulu, katanya warna pintu pagarnya tidak menawan. Disuruhnya Kak Aisyah menukar warna. Kemudian disuruhnya pula menyapu halaman koridor kerana kotor. Dan berbagai-bagai lagi. Dan setiap kali itulah, Kak Aisyah menuruti tanpa banyak soal. Hendak menjaga hati jiran tetangga.

“Kau tu dah bukan budak-budak lagi, Aisyah. Dah besar panjang dah. Umur dah nak masuk 30 bukan? Hei, dulu, Mak Ani, umur 21 tahun dah kira Andartu – Anak Dara Tua. Sekarang, orang dah tak panggil Andartu lagi. Dorang panggil apa...? Andalusia...?? Anak Dara Lanjut Usia..hahaha.

“Macam-macam gelaran orang-orang bagi sekarang. Kau tu, bila nak kahwin? Maghrib-maghrib begini berdua-duaan. Kan tak bagus. Kalau tak mahu kahwin, jadi kawan aje. Senang. Tak susah.”

Kini, disebutnya pulak tentang kahwin. Bukannya Kak Aisyah tidak mahu kahwin. Cuma mereka berdua sedang berjimat. Memang mereka sudahpun punya rancangan untuk berumahtangga kelak. Tetapi kehadiran Mak Ani mengeruhkan suasana yang dianggap Kak Aisyah ceria dari tadi.

“Insya-Allah, Mak Ani. Nanti bila nak kahwin, Aisyah bilang,” Kak Aisyah terus menutup pintu rumahnya.

Assidiq kasihan mendengar kakaknya itu. Jauh didalam hatinya, diharapkan Mak Ani berubah menjadi orang yang lebih baik daripada sibuk menjaga tepi kain orang. Kalau tidak, tahulah nasib orang tua tu nanti.

6 Comments:

  • At 12:40 AM, Anonymous Anonymous said…

    hehe part 4's quite interesting. Quite funny as it reminds me of someone. or does it not? ;)

     
  • At 1:06 PM, Blogger Ibu Zulfikri said…

    masih sempat tulis cerpen...i miss those jc days when we used to continue each other's cerpen..ya?
    hmm...now no more time for me to sit & write...*sob sob*

     
  • At 12:24 PM, Blogger kampunguy said…

    Yo, Ibu Zulfikri! Can understand your situation as a werking parent, but that doesnt mean not supporting the literacy, y tak? At least by reading pun jadilah kan.??

    Yes, sista! Me still continue writing, nak terus melestarikan seni penulisan, selain memperjuangkan seni teater. Cedebah!!

    But actually, timing quite tight for me to write nowadays but still, seni harus diteruskan!

    Thanks for reading the story, kalau ada feedback, let me know.

     
  • At 10:59 AM, Blogger WNRD said…

    so i'm linking you, birthday boy.

     
  • At 2:16 PM, Blogger SugarBitz n MilkyBar said…

    Just droppping by to wish you a belated Happy Burbday!

     
  • At 4:39 PM, Anonymous Anonymous said…

    This comment has been removed by a blog administrator.

     

Post a Comment

<< Home